Urus Wang: Elak Gaji ‘Ghaib’ dihasilkan atas permintaan beberapa orang teman rapat yang selalu bertanya bagaimana menguruskan wang. Ianya adalah basic pengetahuan pengurusan wang gaji anda tentang bagaimana pecahan yang sewajarnya untuk keseluruhan gaji tersebut. Kita sering kehabiasan wang apabila tiba di pertengahan bulan dan kadang berasa sesak dada kerana kekurangan wang. Kehendak dan keperluan dalam memiliki kereta, rumah dan pelbagai benda lain kadang menjerut kita dalam belenggu hutang kad kredit. Disentuh juga tentang bagaimana membeli kereta tanpa interest dan bagaimana menggunakan kad kredit dengan bijak tanpa perlu bayar satu sen pun pada bank.
Ebook atau risalah ini adalah perkongsian maklumat dan ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat professional. Untuk mendapatkan nasihat professional anda boleh mengunjungi dan menghadiri konsultansi berbayar yang disediakan oleh banyak pihak swasta. Apa-apa pun risalah ini mencakupi kebanyakan maklumat penting yang anda harus tahu dalam menguruskan gaji anda dengan matlamat ‘menyihatkan’ keadaan kewangan anda.