Download Tools
Dapatkan 4 ‘tools’ yang penting untuk anda dalam menguruskan pendapatan bulanan. Apa yang akan anda download adalah;
- Tool 1: Carta Aliran wang Bulanan: Berdasarkan ebook atau risalah “Urus Duit Gaji: Elak Gaji Ghaib” anda akan dapati beberapa maklumat yang amat penting dalam menguruskan kewangan anda. Salah satunya ialah betapa pentingnya anda mengetahui apakah pecahan ideal pendapatan bulanan anda dan bagaimanakah alirannya setiap bulan. Jadi tool ini dirangka khas untuk anda mudah mengetahui aliran wang bulanan anda;

- Tool 2: Pembahagian Pendapatan Ideal atau tidak: Anda boleh menggunakan ’spreadsheet excel’ ini untuk mengetahui adakah pecahan pendapatan anda hampir atau jauh langsung dari pecahan yang sewajarnya. Anda masukkan maklumat tentang pinjaman kereta dan sebagainya yang anda dapat dari tool “Carta Aliran Wang” tadi, dan semak adakah ianya berada dalam ‘range’ yang ideal atau tidak. Tambahan dari itu anda juga diberikan cadangan ‘adjustment’ di mana anda boleh melakukan sedikit ‘tuning’ pada perbelanjaan anda. Semuanya dikira dengan automatik dan anda hanya perlu memasukkan 5 nilai sahaja! Saya pasti tool ini pasti amat membantu anda.

- Tool 3: Cadangan Pembahagian Gaji. Hanya masukkan jumlah pendapatan isi rumah anda dan ianya akan memberikan cadangan pembahagian pendapatan itu mengikut status anda, bujang atau berkeluarga. Dalam kata lainnya, ianya akan memberikan anda gambaran atau sedikit idea bagaimana sepatutnya pendapatan bulanan anda disalurkan.

- Tool 4: Kira Loan Kereta. Tool keempat ini bakal memudahkan anda mencongak berapakah bayaran bulanan yang bakal anda bayar sebelum anda pergi dan pening kepala dengan penjelasan penjual kereta. Setidak-tidaknya, anda ada sedikit maklumat sebelum anda membeli kereta.

- Seperti yang anda dapat lihat, ianya memaparkan carta lengkap 9 tahun maksimum pinjaman. Anda boleh lihat beza jumlah bayaran sekiranya anda memilih untuk meminjam selama 5 tahun dan 9 tahun. Anda juga akan dapati bila anda akan selesai pembayaran dengan jumlah ‘downpayment’ yang anda tetapkan. Ramai pembeli kereta tidak tahu berapa jumlah sebenar ‘interest’ yang mereka bayar. Dengan tool ini, anda mungkin akan terkejut melihat jumlah yang anda bayar kepada bank! Lihat di bawah, pengiraan jumlah ‘interest’ dilakukan secara automatik dan berasingan untuk anda tahu jumlah sebenar.

- Dengan adanya tool ini, anda boleh ‘adjust’ jumlah tahun mengikut kemampuan anda dan congak sendiri berapa keuntungan yang anda boleh jimat dengan pelan pinjaman yang ditawarkan oleh bank!.
Miliki kesemua tools ini HARI INI dan mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk anda. Klik icon di bawah;
